YURAN GRADUASI | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» KONVOKESYEN » MAKLUMAT UMUM » YURAN GRADUASI

YURAN GRADUASI

 

KADAR YURAN

 

Yuran graduan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) diwajibkan kepada semua graduan (sepenuh/separuh masa) sama ada graduan akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau sebaliknya.

 

 

CARA PEMBAYARAN

 

Pembayarann yuran hendaklah dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

a. JomPAY (selain daripada pemegang akaun CIMB Bank)

b. CIMB Clicks (pemegang akaun CIMB Bank sahaja)

 

Saluran Bayaran

Langkah

a.  JomPAY

Melalui perbankan internet dari semua bank yang mempunyai kemudahan JomPAY.

 

Ø  Pilih modul Bill Payment

Ø  Klik butang JomPAY

Ø  Pilih akaun pembayar samada akaun simpanan atau akaun kad kredit anda

Ø  Biller Code : 8441

Ø  Ref 1 : No matrik (Wajib)

Ø  Ref 2 : No Kad Pengenalan

Ø  Teruskan ke proses selanjutnya (Tac/OTP) & pengesahan

 

Setelah selesai, sila input maklumat pembayaran ini ke dalam sistem e-SMP (Menu: My Konvokesyen) sebagai bukti bayaran (8 digit. Cth: 4HTY245W).

 

b. CIMB Clicks (melalui applikasi CIMB atau laman web)

Bagi pemegang akaun CIMB (samada pelajar/ahli keluarga) yang membuat bayaran:

 

Ø  Klik butang Pay Bills

Ø  Enter Biller Name : Taip UPM

Ø  Pilih : Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang

Ø  Masukkan no matrik, No Kad Pengenalan dan jumlah RM300

Ø  Teruskan ke proses selanjutnya (Tac/OTP) & pengesahan

 

Setelah selesai, sila input maklumat pembayaran ini ke dalam sistem e-SMP (Menu: My Konvokesyen) sebagai bukti bayaran (8 digit. Cth: 4HTY245W).

PERINGATAN: Cara bayaran selain dari diatas adalah TIDAK DIBENARKAN dan dianggap tiada bayaran telah dibuat. Pengesahan bayaran hanya boleh dilakukan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh bayaran (setelah mendapat pengesahan dari pihak bank).

 

Graduan yang tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen boleh menjelaskan bayaran pada bila-bila masa menggunakan kaedah di atas. Skrol/Transkrip Graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan setelah segala yuran tertunggak dijelaskan (yuran graduan, yuran pengajian, denda perpustakaan & saman lalu lintas dll) jika ada

 

Kemaskini:: 23/02/2026 [m_bazli]

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
F, (07:12:35am-07:17:35am, 02 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]