PENDIDIKAN JARAK JAUH | DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
» LOCAL ADMISSION » PENDIDIKAN JARAK JAUH

PENDIDIKAN JARAK JAUH

UPM turut menawarkan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi membolehkan mahasiswa yang bekerja dan mempunyai kesukaran untuk ke kampus seperti mahasiswa sepenuh masa yang lain.

Buat masa ini, UPM menawarkan 7 program  bacelor di bawah mod PJJ iaitu:  

  1. Bacelor Sains Pertanian;
  2. Bacelor Sains Pembangunan sumber Manusia (BSHRD);
  3. Bacelor Sains Pembangunan Manusia (BSPM);
  4. Bacelor Komunikasi (BCOMM);
  5. Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (BABM);
  6. Bacelor Sastera Bahasa Inggeris (BABE); dan
  7. Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (BPTESL)

 

Program ini menekankan kaedah pembelajaran kendiri. Pembelajaran seperti ini adalah lebih luwes dan memudahkan mereka yang bekerja melanjutkan pengajian masing-masing. Justeru, beberapa kaedah sokongan pembelajaran diberikan seperti pelajar diberikan modul pembelajaran yang boleh dimuat turun dalam portal PutraODL sebagai bahan rujukan.

Para pelajar yang mengikuti program ini akan menghadiri kuliah di pusat pembelajaran dengan menggunakan Lintas Langsung Interaktif (LIP), iaitu komunikasi dua hala  antara pensyarah UPM dengan pelajar pada setiap minggu bermula dari hari Jumaat hingga Ahad bergantung pada jadual kuliah yang disusun mengikut kursus masing-masing. Selain itu, rakaman juga turut diambil untuk memudahkan para pelajar mengulang kaji  kursus yang diambil.

Pengambilan pelajar baharu program Bacelor PJJ ini dibuat dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun bagi semester pertama dan bulan Disember bagi semester kedua. Permohonan terbuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara dalam talian.

Sila klik di sini untuk permohonan dan maklumat lanjut berkenaan yuran pengajian, syarat kelayakan serta kurikulum pengajian.

Updated:: 24/05/2023 [m_bazli]

MEDIA SHARING

SXEXRAV~