UPM Dan Kangwon National University Teroka Kerjasama Pendidikan Transnasional (TNE) | DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE akademik
» NEWS » UPM dan Kangwon National University Teroka Kerjasama Pendidikan Transnasional (TNE)

UPM dan Kangwon National University Teroka Kerjasama Pendidikan Transnasional (TNE)

UPM dan Kangwon National University Teroka Kerjasama Pendidikan Transnasional (TNE)

SERDANG, 21 Ogos 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama wakil dari Kangwon National University (KNU), Korea Selatan, bertempat di Pejabat Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa, UPM. Perbincangan tersebut bertumpu kepada penerokaan peluang kerjasama pendidikan transnasional (TNE) antara kedua-dua buah institusi.

Sesi perbincangan ini merupakan kesinambungan kepada jalinan kerjasama akademik yang telah dimeterai oleh kedua-dua pihak sejak Februari 2018. Perbincangan ini turut disertai oleh Prof. Dr. Alyani binti Ismail (Pengarah i-Putra), Prof. Dr. Latifah binti Abd Manaf (Timbalan Dekan Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa) Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar) dan Prof. Madya. Dr. Nor Yasmin binti Mhd Bani (Timbalan Pengarah CADe-Lead).

Pihak ZKNU mengemukakan cadangan tambahan untuk berkolaborasi bersama Institut Sejong yang bertujuan menyokong penguasaan bahasa dan budaya Korea dalam kalangan pelajar serta memperkukuh persediaan mereka sebelum menyertai program akademik berkaitan. Sebagai langkah susulan, kedua-dua pihak menyasar untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada tahun ini.

Date of Input: 26/08/2026 | Updated: 26/08/2026 | m_bazli

MEDIA SHARING

DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
X, (04:34:29pm-04:39:29pm, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]