PEMINDAHAN KREDIT | BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» ARTIKEL » PEMINDAHAN KREDIT

PEMINDAHAN KREDIT

PEMINDAHAN KREDIT

Pemindahan kredit adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke program lain yang membawa kepada penganugerahan kelayakan yang ditawarkan oleh institusi yang sama atau institusi yang berbeza. Proses ini membolehkan kredit bagi kursus berkenaan dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit untuk bergraduat bagi sesuatu program yang sedang diikuti. Di UPM, pada keseluruhannya secara umumnya, kursus yang boleh dipindahkan kredit adalah kursus yang setara dengan kursus dalam program yang membawa kepada penganugerahan kelayakan tertakluk kepada beberapa kriteria seperti beban kredit yang setara, mempunyai persamaan kandungan sekurang-kurangnya 80% serta mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ bagi kursus yang mana kreditnya dipindahkan kepada program baharu yang diikuti oleh pelajar itu.

Pemindahan kredit terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama pemindahan secara vertical daripada program pengajian yang lebih rendah kepada program pengajian yang lebih tinggi sebagai contoh, diploma kepada bacelor, dan yang kedua, pemindahan secara horizontal iaitu yang melibatkan peringkat pengajian yang sama seperti daripada bacelor kepada bachelor. Pemindahan kredit ini memberikan manfaat kepada pelajar terlibat dari segi membolehkan mereka mengambil beban kredit yang lebih rendah dan memendekkan tempoh pengajian. Selain itu, ia juga memberi peluang dan menggalakkan mobiliti pelajar untuk pelajar mengikuti kursus setara di universiti lain termasuk di negara lain dan di samping memindahkan kredit kursus berkenaan untuk bagi memenuhi keperluan kurikulum program di universiti asal.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi surat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi bertarikh 19 Ogos 2016 telah membuat penambahbaikan terhadap dasar pindah kredit yang melibatkan pindah kredit dengan gred dan pindah kredit tanpa gred (yang turut dipanggil sebagai pengecualian kredit). Secara umumnya, dasar tersebut menerangkan pemindahan kredit secara vertical atau horizontal bagi pelajar yang telah keluar daripada sistem (pelajar yang telah tamat pengajian) pemindahan kredit bagi memenuhi keperluan kurikulum tetapi tidak melibatkan pemindahan gred dalam PNG dan PNGK pelajar. Bagi pemindahan kredit secara horizontal yang mana pelajar masih dalam sistem pengajian ia akan melibatkan pemindahan kredit dan gred kursus berkenaan kepada program pengajian baharu sebagai contoh, pertukaran program seorang pelajar Bacelor Sains Pertanian Semester Tiga kepada

program Bacelor Sains Pengurusan Perladangan.

UPM sejak sekian lama telah mengamalkan pemindahan kredit secara vertical dan horizontal. Sebagai contoh, pelajar yang telah tamat Diploma Perhutanan layak memohon pemindahan kredit kepada program Bacelor Sains Perhutanan tertakluk kepada maksimum kredit pemindahan yang dibenarkan tidak melebihi 30%. Manakala pemindahan kredit secara horizontal tertakluk kepada maksimum 50% daripada kredit bergraduat bagi pemindahan yang melibatkan program antara universiti. Dalam peraturan pemindahan kredit secara horizontal di UPM, seseorang pelajar yang bukan dalam kedudukan ‘Baik’ dalam program asal walaupun boleh ditimbangkan pertukaran program, tidak layak mendapat pemindahan kredit kepada program baharu. Bagi pertukaran program yang melibatkan program dalam UPM, Dekan boleh menentukan bilangan kredit yang boleh dipindahkan (rujuk Perenggan 10, Jadual Kedua, Kaedah-kaedah UPM (Perkara Akademik Prasiswazah) 2014)).

Dalam hal ini Jawatankuasa Penilaian Kesetaraan Akademik UPM telah membuat keputusan bahawa bagi kes mobiliti pelajar, hanya gred C+ dan ke atas bagi kursus setara yang diperoleh oleh pelajar di Universiti Penerima dipaparkan dalam transkrip tetapi gred tersebut tidak akan dimasukkan dalam pengiraan Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) pelajar (kemasukan pelajar sebelum sesi 2017/2018). Bagi pelajar yang mendapat gred rendah daripada C+, gred tersebut tidak akan dipaparkan dan pelajar perlu mengambil semula kursus di UPM.

Berkuat kuasa mulai pelajar ambilan ambilan pelajar 2017/2018, pemindahan kredit secara horizontal bagi pelajar yang masih dalam sistem pengajian akan melibatkan pemindahan kredit dan gred kursus berkenaan kepada program pengajian baharu [Untuk mengelakkan kekeliruan, pelajar lama yang bertukar program pada 2017/2018 tidak dianggap sebagai pelajar ambilan 2017/2018 bagi maksud pemindahan kredit ini]

(i)       pelajar perlu diberi pilihan untuk memindahkan mana-mana kredit bersama gred bagi kursus setara/sama yang ia berkelayakan;

(ii)      pelajar perlu mengambil semula kursus di peringat bacelor (walaupun kursus itu merupakan kursus yang sama yang diambil di peringkat yang sama atau lebih rendah) jika memilih untuk tidak memindahkan kredit. Gred baharu akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK sekalipun ia lebih rendah daripada gred lama;

(iii)     pelajar yang memilih untuk memindahkan kredit sesuatu kursus tidak dibenarkan mengulang kursus itu untuk tujuan meningkatkan Gred (ULT);

(iv)     bagi mana-mana pelajar termasuk pelajar mobiliti yang membuat pemindahan kredit dengan gred, tetapi sistem gred itu sukar diukur atau berbeza dengan sistem gred UPM, penetapan gred akan dibuat dengan merujuk kepada markah mentah (raw marks);

Dimaklumkan juga bahawa kredit dan gred yang dipindahkan itu akan dimasukkan dalam pengiraan PNG dan PNGK mengikut semester seperti berikut: 

(i)       pelajar baharu (diploma kepada ijazah) - pemindahan kredit tanpa gred dimasukkan dalam Semester Pertama;

(ii)      pelajar bertukar program - pemindahan kursus dan gred dimasukkan dalam Semester pertukaran program diluluskan; dan

(iii)     pelajar mobiliti - pemindahan kursus dan gred dimasukkan dalam Semester

 

mobiliti tamat.

 

Peraturan Pemindahan Kredit

 

Kategori Kemasukan

Pindah Kredit

Kenyataan

Dari

Kepada

Dengan Gred

Tanpa Gred

Dengan Pengecualian Kursus

Tanpa Pengecualian Kursus

Bacelor

Bacelor

 

 

 

Pindah kredit secara horizontal bagi pelajar yang berada dalam sistem. Pemindahan kredit adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke program lain yang membawa kepada penganugerahan kelayakan yang ditawarkan oleh institusi yang sama atau institusi yang berbeza. Kredit dikira dalam kredit bergraduat pelajar dan gred kursus diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Pemindahan kredit secara horizontal tertakluk kepada maksimum 50% daripada kredit bergraduat bagi pemindahan yang melibatkan program antara universiti. Bagi pertukaran program dalam Universiti pada peringkat pengajian yang sama, Dekan yang menerima pelajar akan menentukan jumlah jam kredit yang boleh dipindahkan.

Diploma

Bacelor

 

 

 

Pindah kredit secara vertical bagi pelajar yang telah keluar daripada sistem atau yang telah mencapai tahap kompetensi dalam kursus berkenaan. Kredit kursus yang dipindahkan diambil kira dalam kredit bergraduat tetapi gred kursus tidak diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. (Cth PRT2008, kursus Kokurikulum, SKP2203, SKP2204).

Pelajar Antarabangsa

Bacelor

 

 

 

Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang dikecualikan. Sekiranya pengecualian kursus akan menyebabkan keperluan kredit bergraduat tidak mencukupi, maka pelajar perlu mengambil kursus lain bagi menggantikan kursus tersebut. Contoh pelajar antarabangsa diberi pengecualian SKP2203 dan SKP2204 perlu ganti kredit.

Asasi Sains Pertanian UPM

Bacelor

 

 

 

Pelajar ASP diberi pengecualian kursus PRT2008 Pertanian dan Manusia tetapi bukan sebagai pemindahan kredit mulai ambilan pelajar sesi 2017/2018. Pelajar perlu menggantikan kredit dengan kursus yang lain (Minit Senat UPM ke 639 pada 12 Oktober 2017).

Tarikh Input: 01/07/2019 | Kemaskini: 31/07/2019 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
C1571873048